Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases recoveries
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 hari ini menunjukkan sedikit penurunan, dengan Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 5,139 kes baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 226 kes adalah import yang melibatkan 139 warganegara dan 87 bukan warganegara.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif sehingga jam 12 tengah hari ini meningkatkan kepada 2,861,069 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes sembuh yang dilaporkan pula sebanyak 3,767 kes iaitu 2,777,715 kes kumulatif, manakala kes tempatan 4,913 kes [4,714 warganegara (95.9%); 199 bukan warganegara (4.1%)].

Bagi kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 119 kes (102 kes disahkan COVID-19; 17 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

Kes yang memerlukan bantuan pernafasan pula 69 kes (50 kes disahkan COVID-19; 19 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

Mengenai jumlah kluster, Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 6,399 kluster dilaporkan dengan lima kluster baharu, 6,108 kluster yang telah tamat dan 291 kluster aktif.

Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan Covid-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

Data akan dikemaskini pada jam 12 tengah malam setiap hari. – MalaysiaGazette