Kevin Dugar. foto NY Post

CHICAGO – Seorang lelaki yang menghabiskan hampir dua dekad di penjara kerana membunuh dalam satu kejadian tembak mati pada 2003 telah dibebaskan selepas kembar seirasnya mengaku melakukan jenayah itu.

Kevin Dugar yang penuh emosi menangis ketika dia dibebaskan dari penjara Cook County pada malam Selasa lalu, kata peguamnya, Ronald Safer kepada NBC News.

“Hakim membenarkan pembebasannya sementara menunggu perbicaraan dengan bon tandatangan dan dia keluar dengan menghembuskan nafas pertamanya sebagai orang bebas selepas hampir 20 tahun di penjara,” kata Safer.

Dugar dipenjara selepas dia disabitkan dalam kes tembak maut pada 2003 ke atas ahli kumpulan saingan.

Seorang lelaki bersenjata telah melepaskan tembakan ke arah tiga orang di kawasan kejiranan Uptown Chicago dalam kejadian Mac 2003, membunuh Antwan Carter dan mencederakan Ronnie Bolden, menurut NBC Chicago.

Dugar disabitkan kesalahan pada 2005 dan dijatuhkan hukuman penjara 54 tahun.

Selama bertahun-tahun, dia tetap mempertahankan dirinya tidak mengaku bersalah.

Namun, nasibnya berubah selepas saudara kembar Dugar, Karl Smith, mengaku telah melakukan pembunuhan itu dalam pengakuan yang pertama kali dibuat dalam surat kepada Dugar pada tahun 2013, hampir sedekad selepas dia disabitkan kesalahan.

Pada mulanya, pengakuan itu memberi sedikit kesan terhadap kes Dugar, apabila hakim memutuskan pada 2018 bahawa pengakuan Smith tidak boleh dipercayai dan enggan menawarkan kembarnya erbicaraan baharu, menurut The Chicago Tribune.

Smith telah dinafikan selepas rayuannya ditolak rayuan kerana dia sedang menjalani hukuman 99 tahun atas kesalahan melakukan pencerobohan rumah yang menyaksikan seorang kanak-kanak ditembak di kepala.

Pendakwa raya mempersoalkan motif di sebalik pengakuannya, memberitahu hakim bahawa dia hanya tampil ke hadapan selepas mahkamah mengekalkan sabitannya sendiri untuk cubaan membunuh, Chicago Tribune telah melaporkan pada masa itu.

Walau bagaimanapun, seorang peguam dari Pusat Undang-undang Northwestern Pritzker School of Wrongful Convictions membawa kes Dugar kembali ke mahkamah.

Dan kini, selepas keputusan Selasa, dia akan mempunyai peluang kedua untuk membuktikan dia tidak bersalah.

Safer berharap kes itu, yang disifatkannya sebagai kisah yang “dibuat untuk TV”, tidak perlu dibawa ke mahkamah lagi. NBC (https://www.nbcnews.com/news/us-news/chicago-man-released-prison-20-years-later-twin-brother-confesses-murd-rcna13924)