Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Jangkitan Covid-19 kembali ke paras bawah 5,000 dengan sebanyak 4,915 kes dilaporkan hari ini.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif wabak tersebut mencecah 2,865,984 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah itu sebanyak 4,727 kes adalah penularan tempatan manakala 188 lagi kes import.

Daripada jumlah itu, 39 kes (0.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 dan 4,876 kes (99.2 peratus) lagi dalam kategori 1 dan 2.

“Sebanyak 120 kes sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 65 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Terdapat 3,056 kes sembuh dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih akibat Covid-19 iaitu 2,780,771 kes,” katanya nenerusi kenyataan mengenai situasi semasa Covid-19, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 14 lagi kluster baharu telah dikenal pasti menjadikan jumlah kluster Covid-19 yang aktif adalah 301.

Dalam pada itu, semua negeri kecuali Labuan dan Terengganu merekodkan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 melepasi 1.00.

Negeri Sembilan dan Putrajaya merekodkan Rt tertinggi iaitu 1.20, Kedah (1.18) dan Perlis (1.16).

Johor (1.15), Melaka dan Kuala Lumpur (1.13), Selangor (1.10) dan Sarawak 1.00

Pulau Pinang, Kelantan, Sabah, Perak, Pahang di bawah 1.10.

Manakala manakala Terengganu 0.93 dan Labuan sifar. – MalaysiaGazette