Foto Instagram Neelofa.

KUALA LUMPUR – Pengacara dan usahawan popular, Neelofa bergelar ibu selepas selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki pada petang semalam.

Berita telah dikongsikan menerusi satu perkongsian di Insta Story miliknya.
Neelofa turut mengumumkan nama anak sulungnya itu adalah Muhammad Bilal Muhammad Haris.
Wanita berusia 32 tahun itu difahamkan bersalin di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.
Sementara itu, suami Neelofa PU Riz turut mengucapkan terima kasih atas doa daripada semua pihak, terutama sekali peminat-peminat.

“Assalamualaikum wbt. Alhamdulillahirabbil’alamin. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan Putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.

“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.

“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.

“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” PU Riz dalam satu kenyataan di media sosial. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast