khairuddin mengundi muda songsang musuh Allah
Mohd Khairuddin Aman Razali
KUALA LUMPUR –  Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, beliau tidak pelik jika kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) antara parti itu dan UMNO kini semakin renggang.
Ahli Parlimen Kuala Nerus yang juga bekas menteri Kabinet itu berkata, ini kerana daripada awal penubuhan gagasan tersebut, ada yang tidak selesa dengan kewujudan MN.
“Ada yang kurang mesra Muafakat Nasional daripada awal lagi. Kalau sekarang ada yang membakar jambatan tiada yang pelik. Tidak sedikit yang sebegini daripada kedua belah pihak.
“Namun, ia tidak menghalang untuk kita terus memperjuangkan perpaduan umat. Sekiranya PAS dan UMNO gagal untuk bersatu pada platform politik berpilihanraya kita masih terus bertanggungjawab menjaga muafakat umat untuk pelbagai lagi kepentingan bersama dari sudut agama, ekonomi, sosial dan pendidikan demi kebaikan rakyat.
“Budaya Politik Matang Sejahtera masih menjadi sebahagian dasar PAS dalam membawa politik dakwah.
“Usahlah serang menyerang. Ambillah politik damai menghormati pilihan masing-masing. Teruskan berdoa yang terbaik untuk umat,” tulisnya dalam hantaran Facebook miliknya.

Pada awal bulan ini, Khairuddin digugurkan sebagai AJK parti tanpa sebarang sebab dan ia diumumkan secara terbuka.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hanya menjelaskan perkara itu berlaku kerana pucuk pimpinan mempunyai alasan termasuk kerana seseorang ahli itu tidak mematuhi disiplin parti.

Ramai beranggapan apa yang berlaku kepada Mohd. Khairuddin ada kena mengena dengan pendiriannya berkaitan MN dan Perikatan Nasional (PN). – MalaysiaGazette