KUALA LUMPUR – Sebanyak tujuh kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam.
Jumlah itu termasuk satu kematian di luar hospital (BID).
Pertambahan itu menjadikan kes kematian akibat pandemik bertambah kepada 31,985.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, Johor dan Selangor masing-masing mencatatkan dua angka kematian manakala Perak, Pahang dan Terengganu satu kes).
Setakat jam 11.59 malam tadi, Malaysia mempunyai 57,152 kes aktif.
Jumlah kes di hospitak kini sebanyak 3,041 kes termasuk 113 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 59 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 3,187 kes sembuh.
Penularan kes tempatan berjumlah 2,857,603 berbanding import 18,721.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini mencecah 2,876,324. – MalaysiaGazette
















