Imej satelit sambaran petir daripada Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara.

WASHINGTON – Kilat sepanjang hampir 500 batu menerangi langit tiga negeri di Amerika Syarikat telah mencipta rekod dunia baharu untuk kilat terpanjang.

Kilat itu berlaku pada tahun 2020, sejauh 477.2 batu (768 km) dan merebak ke seluruh Mississippi, Louisiana dan Texas.

Rekod sebelumnya ialah 440.6 batu (709 km) direkodkan di Brazil pada 2018.

Saintis berkata, kilat jarang melebihi 10 batu dan biasanya berlangsung di bawah satu saat.

Satu lagi kilat yang direkodkan pada 2020 – di Uruguay dan Argentina – juga telah mencatat rekod baharu untuk tempoh 17.1 saat.

Rekod sebelumnya ialah 16.7 saat.

“Ini adalah rekod luar biasa daripada kejadian kilat lain,” kata Profesor Randall Cerveny, Pelapor Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) mengenai cuaca dan iklim yang melampau.

Menurut WMO, kedua-dua rekod berlaku di kawasan yang terdedah kepada ribut kuat yang menghasilkan “megaflashes”.

WMO memberi amaran bahawa kilat adalah bahaya dan menggesa orang ramai di kedua-dua wilayah dan di seluruh dunia supaya berhati-hati semasa ribut.

“Setiap kali guruh kedengaran, pastikan anda berada di tempat selamat daripada kilat”, kata pakar kilat Ron Holle dalam satu kenyataan WMO.

WMO berkata, kilat ekstrem yang berlaku pada tahun 1975 telah mengakibatkan 21 orang terbunuh dalam satu kilat ketika mereka berkumpul di dalam khemah di Zimbabwe. – BBC (https://www.bbc.com/news/world-us-canada-60221521)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast