Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,254 kes Covid-19 disahkan telah sembuh hari ini.

Selain itu menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 7,000 daripada 7,234 kes positif baharu hari ini merupakan penularan tempatan yang mana 96.5 peratus dalam kalangan warganegara.

Bagi kes melibatkan bukan warganegara pula sebanyak 246 atau 3.5 peratus.

Kes import pula sebanyak 234 kes melibatkan 142 bukan warganegara.

“Daripada 7,234 kes harian yang dilaporkan pada hari ini 73 kes (1.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 dan 7,161 kes (99.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 118 daripada kes keseluruhan terbaharu hari ini berada di Unit Rawatan Rapi manakala 57 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan sebanyak 21 kluster baharu dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan hari ini.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kluster adalah 6,478 termasuk yang masih aktif iaitu 346 kluster.-MalaysiaGazette