Seorang kanak-kanak pelarian Afghanistan diberi vaksin demam campak di Pejabat Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Negara bagi Pelarian (UNHCR) di Kabul. foto Reuters

FAIZABAD, Afghanistan- Sekurang-kurangnya 74 kanak-kanak maut akibat wabak demam campak di wilayah Badakhshan, di utara Afghanistan.

“Terdapat kes campak di beberapa daerah Badakhshan, termasuk di Kuf Ab, Darwaz, Kohistan serta bandar Faizabad sejak dua bulan lalu.

”Sekurang-kurangnya 74 kanak-kanak meninggal dunia selepas dijangkiti penyakit itu di Kuf Ab dan daerah Kohistan,” Maazudin Ahmadi, Ketua Pengarah Penerangan dan Kebudayaan Badakhshan.

Kebanyakan kanak-kanak yang kehilangan nyawa tinggal di kawasan tanpa akses pekerja kesihatan awam dan vaksin.

Pegawai kesihatan wilayah berkali-kali menyeru penduduk supaya sentiasa berwaspada dan merujuk kepada pusat kesihatan terdekat sekiranya terdapat simptom demam, ruam, konjunktivitis, batuk dan selsema dalam kalangan kanak-kanak.

Menurut pegawai tempatan, terdapat peningkatan yang berterusan dalam kes demma campak di negara Asia, khususnya di kawasan pergunungan di timur laut. – Xinhua (http://www.xinhuanet.com/english/20220206/790028a4ff1b4310a8eff1e9aeab91f7/c.html)