Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU).Foto MOHD ADZLAN, 04 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak sembilan kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, jumlah itu termasuk dua kes kematian di luar hospital.

Pertambahan itu menjadikan kes kematian terus meningkat kepada 32,043.

Menurutnya, Perak merekodkan empat kes kematian manakala Selangor, Melaka, Kedah, Pahang dan Pulau Pinang masing-masing mencatatkan satu kematian.

Sehingga semalam, sebanyak 74,561 kes aktif.

Daripada jumlah itu, 125 kes menerima rawatan di hospital termasuk 81 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 65,566 dikuarantin di rumah dan 4,695 di Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19.

Malaysia merekodkan 2,905,632 kes Covid-19 setakat semalam. – MalaysiaGazette