Dr Mahathir Mohanad. foto FB

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad masih menjalani rawatan fisioterapi di Institut Jantung Negara (IJN) selepas dibenarkan keluar hospital pada 5 Februari lalu.

Menurut anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bekas Perdana Menteri itu ketika ini akan menjalani rawatan setiap hari atau pun dua hari sekali.

“Seperti dimaklumkan, Tun sudah pulang ke rumah namun beliau masih ke IJN setiap hari atau dua hari sekali apabila diminta membuat rawatan fisioterapi.

“Ia merupakan petanda yang sangat baik dan keadaan beliau semakin pulih berbanding sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majllis tertutup bersama Pejuangnita Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Mukhriz yang Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) ditanya perkembangan kesihatan terkini pengerusi parti itu.

Pada 5 Februari lalu, Dr. Mahathir dibenarkan keluar dari IJN  dan pulang untuk berehat di rumah.

“Beliau (Tun Dr Mahathir) kini dibenarkan pulang dan berehat di rumah dan akan menjalani rawatan susulan di IJN.

Negarawan berusia 96 tahun itu sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU) IJN.

Dr Mahathir juga menjalani sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut sepanjang di pusat rawatan berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast