Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 hari ini meningkat kepada 19,090 berbanding 17,134 yang dilaporkan semalam.

Angka ini tertinggi dalam 149 hari sejak 15 September tahun lalu.

Dengan lonjakan ini, kes kumulatif Covid-19 mencecah  2,956,332, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“Pada 10 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,090 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,975,422 kes,” jelas Noor Hisham di Twitter beliau.

Menurutnya, daripada kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 113 kes (0.59 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5.

Manakala 18,977 kes (99.41 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Pecahannya adalah seperti berikut:

Kategori 1 : 4,898 kes (25.66%)
Kategori 2 : 14,079 kes (73.75%)
Kategori 3 : 79 kes (0.41%)
Kategori 4 : 28 kes (0.15%)
Kategori 5 : 6 kes (0.03%)

 

– MalaysiaGazette