MEXICO – Seorang wartawan Mexico maut ditembak di selatan Oaxaca pada hari Khamis, kata polis.
Kes terbaharu dan merupakan kes yang kelima untuk tahun ini melibatkan serangan ganas terhadap wakil media di negara berkenaan.
Menurut laporan Reuters, Amerika Syarikat (AS) mendorong penggubal undang-undang untuk menekan Mexico bagi meningkatkan perlindungan.
Heber Lopez, seorang wartawan bebas telah diserang di studio rakamannya baru-baru ini.
Peguam Negara untuk Oaxaca berkata, dua orang telah ditangkap berhubung dengan jenayah itu dan siasatan masih dijalankan.
Menurut laporan media tempatan, Lopez yang bekerja di bandar pelabuhan Salina Cruz telah menerima ancaman kematian pada tahun 2019.
Rodolfo Canseco, Pengarah RCP Notisia, memberitahu Reuters bahawa wartawan itu sering menulis mengenai politik dan rasuah dalam kerajaan tempatan.-Reuters
(https://www.reuters.com/world/americas/mexican-journalist-killed-latest-violent-attack-media-2022-02-11/)