Covid-19 death deaths
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sejumlah 37 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan setakat pukul 11.59 malam tadi dengan 10 daripadanya merupakan kematian di luar hospital (BID).

Berdasarkan data yang dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman sesawang COVIDNOW, jumlah kumulatif angka korban akibat wabak tersebut kini berjumlah 32,347 kes.

Johor mencatatkan kematian baharu tertinggi sebanyak sembilan kes diikuti Selangor sebanyak tujuh kes, Kedah (enam kes), Perak (empat kes), Sabah (empat kes), Pulau Pinang (tiga kes) dan Pahang (dua kes).

Manakala Melaka dan Labuan masing-masing mencatatkan satu kes kematian.

Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Sarawak, Terengganu, Kuala Lumpur dan Putrajaya pula tiada kematian dilaporkan akibat wabak itu.

Dalam perkembangan berlainan, laman sesawang itu turut melaporkan jumlah kes aktif kini berjumlah 251,678 kes dengan pertambahan sebanyak 8,336 kes manakala 7,524 pesakit Covid-19 masih ditempatkan di hospital.

COVIDNOW turut berkongsi angka individu yang menjalani kuarantin di rumah iaitu seramai 238,620 orang atau bersamaan dengan 94.8 peratus manakala seramai 5,287 orang (2.1 peratus) berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). – MalaysiaGazette