Seorang pemilik kedai motosikal maut dipercayai ditikam dengan sebilah pisau oleh seorang lelaki di premis itu yang terletak di Titi Serong, Tanjung Piandang petang semalam.

PARIT BUNTAR – Seorang pemilik kedai motosikal maut dipercayai ditikam dengan sebilah pisau oleh seorang lelaki di premis itu yang terletak di Titi Serong, Tanjung Piandang petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Anuar Othman berkata suspek berusia 52 tahun itu kemudian menyerah diri di Balai Polis Simpang Lima selepas kejadian pada kira-kira pukul 2.45 petang.

Katanya suspek membuat pengakuan bahawa dia telah menikam mangsa yang dikenali sebagai Tan Hee Song, 43, di kedai berkenaan.

“Soal siasat awal mendapati punca kejadian berlaku kerana tangkapan tidak berpuas hati ke atas mangsa dan menuduh mangsa telah menukar beberapa komponen motosikal miliknya pada tiga minggu lepas,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Beliau berkata mangsa telah disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Parit Buntar dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast