Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran jangkaan hujan berterusan peringkat buruk di Terengganu, Pahang dan Johor hingga hingga Sabtu ini.

Menurutnya di Terengganu ia melibatkan kawasan sekitar Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang ia melibatkan sekitar Jerantut, Kuantan, Pekan serta Rompin, dan di Johor sekitar Mersing.

Sementara itu amaran hujan berterusan di peringkat waspada pula diramal berlaku di Perak yang melibatkan kawasan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Kawasan lain terdiri daripada  Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu, serta Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera di Pahang, serta beberapa tempat di Kelantan.

“Amaran sama dikeluarkan bagi kawasan di Johor iaitu di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, serta beberapa negeri lain seperti Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama, kedua dan ketiga untuk perkapalan di perairan Laut China Selatan berkuat kuasa hingga 28 Feb ini (Isnin). – MalaysiaGazette