Angka kes kematian akibat Covid-19 yang direkodkan semalam mencecah lebih 70 kes.

KUALA LUMPUR – Angka kematian akibat jangkitan Covid-19 di negara ini terus meningkat dengan 57 kes semalam dengan 14 kes berlaku di luar fasiliti hospital.

Pertambahan ini menjadikan kes terkumpul kematian Covid-19 menjadi 32,591.

Kementerian Kesihatan Malaysia berkata, negeri Johor merekodkan kes kematian tertinggi dengan 14 kes, diikuti Sabah lapan kes.

Selangor, Melaka, Perak dan Kedah masing-masing lima kes, Pahang dan Terengganu tiga kes manakala Kuala Lumpur dan Perlis dua kes.

Masing-masing satu kes di Negeri Sembilan, Kelantan, Pulau Pinang dan Sarawak.

Setakat tengah malam tadi, sebanyak 7,949 kes di rawat di hospital.

Menurutnya, sebanyak 332 kes menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 196 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Malaysia merekodkan 294,430 kes aktif. – MalaysiaGazette