sprm
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan empat bilik gerakan di seluruh negeri Johor bagi orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri tersebut.

Kesemua bilik gerakan tersebut beroperasi dari jam 8 pagi hingga 12 malam sepanjang tempoh PRN Johor dan boleh dihubungi menerusi alamat dan talian berikut:

Kompleks Pejabat SPRM Johor, Jalan Persiaran Tanjung, Peti Surat 6000, 81200 Tampoi, Johor (07-2316080).

Pejabat SPRM Cawangan Batu Pahat
JKR 84, Jalan Ampuan,
Peti Surat 6000, 83500 Batu Pahat, Johor (07-4321982).

Pejabat SPRM Cawangan Kluang
Tingkat 3, Bangunan Persekutuan Kluang, KM 4,
Jalan Batu Pahat, Peti Surat 6000, 86000 Kluang, Johor (07-7714610).

Pejabat SPRM Cawangan Segamat
No. 325, Jalan Buluh Kasap,
Peti Surat 6000, 85720 Segamat, Johor (07-9317982).

Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-8414384 atau menerusi emel [email protected].

Dalam pada itu, SPRM juga mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast