Petugas Unit Forensik membawa masuk mayat ke dalam kontena kadaverik 'freezer' berikutan peningkatan kes kematian Covid-19 di Hospital Sultanah Aminah, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 06 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 43 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam.

Jumlah itu termasuk 13 kes kematian yang berlaku di luar hospital.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, angka terbaharu itu menjadikan kes kematian akibat pandemik itu terus meningkat kepada 32, 634.

Sabah merekodkan sembilan kes kematian, tertinggi semalam, diikuti Selangor lapan kes.

Johor pula tujuh kes, Perak (6), Kedah (5), Kelantan dan Pahang masing-masing dua kes.

Kuala Lumpur, Melaka, Sarawak dan Terengganu masing-masing satu kes.

Menurut KKM, setakat malam tadi sebanyak 298,976 kes aktif.

Daripada jumlah itu, 7,911 atau 2.6% kes menerima rawatan di hospital termasuk 348 kes di unit rawatan rapi dengan 203 menerima alat bantuan pernafasan.

Seramai 286,959 kes dikuarantin di rumah, dan 3,758 di Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini kini mencecah 3,395,170. – MalaysiaGazette