Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Angka kematian akibat Covid-19 di negara ini terus meningkat dengan 40 kes semalam.

Daripada jumlah itu sebanyak 17 kes mati di luar hospital.

Pertambahan itu menjadikan kes kematian terus meningkat kepada 32,674.

Kedah merekodkan angka kematian tertinggi dengan lapan kes manakala Johor dan Pulau Pinang masing-masing lima kes.

Sabah dan Perak pula masing-masing empat kes, Kelantan dan Pahang (3), Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka (dua) serta Negeri Sembilan dan Terengganu satu kes.

Setakat tengah malam tadi, jumlah kes aktif sebanyak 300,692.

Kes yang dirawat di hospital pula sebanyak 7,864 termasuk 353 berada di unit rawatan rapi termasuk 193 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah pesakit yang dikuarantin di rumah pula sebanyak 288,980 dan di Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19 sebanyak 3,495.

Kes kumulatif Covid-19 di negara ini kini mencecah 3,397,336. – MalaysiaGazette