Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 75 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, termasuk 20 kes berlaku di luar hospital.

Jumlah itu menjadikan angka terkumpul kes kematian terus bertambah kepada 32,749.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, Selangor merekodkan angka kematian tertinggi iaitu 22 kes, diikuti Johor (13) dan Sabah (11).

Manakala Perak dan Kedah pula masing-masing tujuh kes, Kelantan, Melaka dan Pulau Pinang tiga kes.

Terengganu mencatatkan dua kes kematian serta Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak masing-masing satu kes.

Malaysia merekodkan sebanyak 293,423 kes aktif.

Sebanyak 7,881 kes kini dirawat di hospital termasuk 361 kes ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 193 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes yang dikuarantin di rumah sebanyak 281,714 dan di Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19 sebanyak 3,467.

Sehingga tengah malam tadi, negara kes jangkitan Covid-19 mencecah 3,420,138. – MalaysiaGazette