KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan hari ini telah mengesyorkan semakan semula prosedur operasi standard (SOP) bagi solat jemaah termasuk solat Jumaat kepada Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19.
Khairy Jamaluddin berkata, ia disyorkan selepas melihat kepada penilaian risiko pandemik yang kini terkawal.
“Bagaimanapun, syor semakan semula SOP ini masih tertakluk kpd persetujuan dan pelaksanaan oleh bidang kuasa negeri dan PBT masing-masing,” katanya dalam kenyataan di media sosialnya hari ini.
Selain itu, menurut Khairy, semakan semula SOP bagi operasi premis makanan juga dicadangkan pihaknya.- MalaysiaGazette