Mahathir muhyiddin
Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PAGOH – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menempelak tuduhan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa diriya punca Datuk Seri Najib kembali berkuasa.

Muhyiddin berkata tuduhan itu tidak wajar dilemparkan kerana beliau merupakan individu yang melawan Najib.

“”Apa saya pula yang dikatakan menggagalkan usaha untuk menghadapkan Najib kepada apa-apa perkara yang mereka telah lakukan.

“Saya menentang mereka sebab itu saya jatuh disebabkan menentang mereka dan saya tidak sedia untuk kompromi dengan apa yang telah dilakukan rasuah, salah guna kuasa,” katanya menjawab pertanyaan media mengenai surat ketiga Mahathir, hari ini.

Mahathir dalam suratnya hari ini berkata perbuatan Muhyiddin mengakibatkan usaha menolak Najib telah terbantut.

Malah Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, rakyat Johor merupakan antara rakyat Malaysia yang berjaya menyekat kemaraan Najib.

Mahathir turut berkata perbuatan Muhyiddin yang ingin menjadi perdana menteri, menyebabkan Kerajaan Pakatan Harapan tumbang.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata Najib sudah dihadapkan ke mahkamah dan beliau sudah didapati bersalah.

Katanya, adakah itu masih tidak mencukupi untuk menjadi bukti kepada Mahathir bahawa beliau turut bersama-sama menolak Najib.

“Saya fikir Najib sudah dihadapkan kemuka pengadilan, jadi mahkamah akan buat keputusan jadi ini bukan soal politik lagi, ini lebih kepada kepada undang-undang.

“Itu saya fikir itu adalah lebih utama,” katanya lagi. – MalaysiaGazette