Kebakaran besar yang melanda Maryland Apartment. foto NYTimes

WASHINGTON – Sekurang-kurangnya 10 orang cedera termasuk beberapa mangsa parah dalam satu letupan dan kebakaran yang memusnahkan sebahagian kompleks pangsapuri di Silver Spring, Maryland.

Lebih 100 anggota bomba berkejar di kawasan kebakaran, yang dilaporkan berlaku sekitar 10.30 pagi waktu tempatan di Friendly Garden Apartments, sebuah bangunan empat tingkat yang terdiri daripada unit mampu milik.

Ketua Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Daerah Montgomery, Scott Goldstein berkata, panggilan masuk 911 melaporkan letupan di kompleks di Silver Spring, terletak di utara Washington.

Ketika pasukan penyelamat tiba, bomba mendapati api sudah marak.

Bahagian besar bangunan itu telah diselubungi api dan hanya bahagian tepi struktur masih ‘berdiri’.

Timbunan besar batu bata yang pecah kelihatan berhampiran tempat letak kereta.

Ramai penduduk melarikan diri atau diselamatkan oleh bomba.

Tiga orang mengalami kecederaan serius dan tujuh lagi cedera ringan, kata Goldstein.

Tiada kematian tetapi beberapa orang mangsa masih belum diambil kira dan kru penyelamat masih mencari mangsa yang terselamat di kawasan itu, katanya.

“Jumlah itu masih berubah-ubah,” katanya.

Ekoran kejadian itu, kira-kira 100 orang yang tinggal di kompleks pangsapuri itu hilang tempat tinggal.

Tiga bangunan di kompleks pangsapuri itu telah dianggap tidak selamat untuk diduduki, kata Goldstein. – NY Times (https://www.nytimes.com/2022/03/03/us/silver-spring-maryland-apartment-fire.html)