Sebanyak tiga lagi projek perumahan mampu milik akan dibina untuk Johor oleh Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dalam usaha menyediakan kediaman selesa kepada rakyat negeri itu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, satu daripada projek berkenaan iaitu Residensi Larkin Indah yang telah mencecah 90 peratus pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada Mei tahun depan.
“Selain Residensi Larkin Indah, kita akan laksanakan dua lagi projek iaitu Residensi Kota Tinggi dan Residensi Pelangi Indah.