Sebanyak $723m (£551m) diluluskan Bank Dunia sebagai pinjaman dan geran bagi Ukraine yang kini berjuang menentang pencerobohan Rusia.- Gambar hiasan.

KYVIV – Sebanyak $723m (£551m) diluluskan Bank Dunia sebagai pinjaman dan geran bagi Ukraine yang kini berjuang menentang pencerobohan Rusia.

Presiden Bank Dunia, David Malpass berkata, dana yang diberikan dapat membantu kerajaan berkenaan menyediakan perkhidmatan kritikal termasuk gaji untuk pekerja hospital, pencen dan program sosial.

Pihak bank juga akan mengusahakan pakej sokongan $3 bilion lagi dalam beberapa bulan akan datang kepada negara itu dan berjanji bantuan tambahan akan diberikan kepada negara jiran yang menerima lebih 1.7 juta pelarian warga Ukraine.

Sementara itu, pakej kewangan bagi Ukraine termasuk  $100m dari United Kingdom dan pinjaman sebanyak $350 juta ditambah kira-kira $139 juta melalui jaminan dari Belanda dan Sweden.

Ia juga terdiri daripada geran $134m dari Britain, Denmark, Latvia, Lithuania dan Iceland serta $100m pembiayaan dari Jepun.

Dalam pada itu, baru-baru ini David berkata, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada masa buruk sebegini akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi sedunia”.- BBC NEWS- (https://www.bbc.com/news/business-60657127)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast