Ismail Sabri
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob . Foto AMIRUL SHAUFIQ 21 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri perlu memberikan keutamaan dan menyegerakan kelulusan permohonan pengambilan tanah untuk projek kerajaan Persekutuan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) Ke-138 yang dipengerusikannya di Putrajaya secara bersemuka, hari ini.

Ismail Sabri berkata tanah projek yang melibatkan jajaran diluluskan secara perizaban manakala tapak pusat operasi, pejabat atau stesen diluluskan secara pemberimilikan.

“Mesyuarat membuat keputusan agar kerajaan negeri membantu menyelesaikan isu halangan di atas tanah kerajaan negeri yang terlibat dengan projek-projek kerajaan berkepentingan awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut perdana menteri, perbincangan lanjut akan diadakan berhubung kadar premium yang dikenakan untuk pemberimilikan dan cukai tanah oleh kerajaan negeri selaras dengan ketetapan yang telah dibuat oleh Majlis Tanah Negara.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast