Fatin Diana Mohd. Zain.

KUALA LUMPUR – Selepas tujuh tahun membina jenama dan pengaruh, Syarikat PS Food & Beverage Sdn Bhd kini melangkah setapak lagi dengan menyertai industri biofarmasi atau nutraceutical menerusi penghasilan produk siri endemik, BioWonders.

Produk dihadirkan dengan dua jenis pilihan, Mighty Immunity dan Inflamma-Care itu turut menyaksikan syarikat berkenaan bekerjasama dengan pakar dan saintis dalam bidang Nutrigenomics, Dr Redza Rahman.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat yang juga pengasas kepada produk minuman Origina, Fatin Diana Mohd. Zain berkata, perancangan dua produk itu seiring situasi semasa dunia dan negara ‘bertempur’ dengan wabak pandemik Covid-19 dengan pelbagai varian.

“Perancangan menghasilkan dua produk ini sejak setahun lalu di mana tergerak menghasilkan produk ini lebih-lebih lagi dengan penularan wabak itu dan menjadi ikhtiar untuk membantu mereka yang pernah terkena. Untuk permulaan kita keluarkan 100,000 unit di pasaran dan berharap menjadi asbab kebaikan kepada orang lain.

“Hampir 3.5 juta rakyat Malaysia sudah berada di pasca Covid-19 dan ini bermakna purata satu dalam setiap 11 orang di kalangan kita pernah terkena wabak itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Fatin Diana menambah, sehingga kini ramai dalam kalangan ahli keluarga, sanak-saudara, kenalan bahkan pekerja syarikat di kalangan masyarakat merupakan bekas pesakit Covid-19.

Jelas beliau, golongan itu masih mengalami simptom seperti kelesuan, kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti, sukar tidur malam, batuk dan kebimbangan melebihi tempoh empat ke-12 minggu.

“Ia semua disebabkan antibodi atau ketahanan badan yang lemah serta inflamasi yang tinggi dalam badan akibat jangkitan wabak itu. Ancaman komplikasi jangka panjang akibat Covid-19 yang dikenali sebagai ‘Long Covid’ juga membimbangkan apabila semakin ramai jumlah pesakit wabak itu yang sudah sembuh, terpaksa dirujuk kembali ke hospital dan Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Lalu diharap kehadiran produk baharu ini dilihat sebagai ikhtiar atau alternatif untuk kita terus mendapatkan perlindungan. Produk ini juga menjadi penanda aras untuk kami tidak statik dan terus berada di zon selesa,” katanya.

Remy Ishak pernah bergelar duta minuman Origina diusahakan Fatin Diana.

Kata Fatin Diana lagi, syarikat milik keluarganya itu juga menjadi perintis di Malaysia kepada produk minuman di dalam pouches atau pek kantung.

“Sehingga kini kami sudah ada 11 rangkaian produk termasuk jenama Origina dan BioWonders. Malah dalam tempoh kurang setahun, hampir empat juta pouches dihasilkan untuk jualan.

“Tahun ini, kami mensasarkan lebih RM50 juta sasaran jualan dalam tempoh setahun. Sebelum ini 40 peratus daripada keuntungan datang daripada hasil jualan rangkaian produk Origina.

“Malah kami sebelum ini juga menghasilkan Origina Vitamin C 1000 mg berasaskan jus asli. Minuman itu berjaya membantu lebih dua juta individu di negara ini dalam tempoh kurang setahun untuk meningkatkan imunisasi badan.

“Minuman itu juga diedarkan di lebih 20,000 outlets seluruh Malaysia menjadi jenama minuman yang dipercayai jutaan pengguna di Malaysia dan juga beberapa negara di Asia Tenggara,” katanya.

Fatin Diana memberitahu, buat permulaan dan harga pengenalan produk minuman BioWonders dijual secara sachet dengan harga istimewa.

“Ada 15 sachet dalam setiap kotak atau perisa yang dijual dengan harga RM80 berbanding arga asal RM100. Kami juga menjual dalam edisi pek kombo dua jenis minuman iaitu ‘Mighty Immunity’ dan ‘Inflamma-Care’ itu pada harga RM160 di mana harga asal adalah RM200.

‘Mighty Immunity’ lebih fokus kepada membantu untuk meningkatkan kekebalan tubuh kita manakala  ‘Inflamma-Care’ untuk memulihkan atau mengurangkan keradangan akibat jangkitan wabak tersebut.

“Daripada situ kami rekrut dropship dan stokis untuk sama sama menjana pendapatan. Tekan pautan https://biowonders.com.my/ untuk lebih lanjut,” katanya.

Sementara itu, jenama yang beribu pejabat dan memiliki kilang utamanya di Klang, Selangor itu juga terus membantu berkongsi rezeki melalui pembangunan sistem ejen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast