Ahmad Shabery Cheek

KUALA LUMPUR – Mulai 1 April ini, pandemik Covid-19 yang melanda negara akan beralih kepada endemik.

Peralihan itu membolehkan rakyat keluar masuk negara, kata Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Kedai makan pun dibenarkan buka 24 jam dan solat di masjid pun sudah seperti biasa.

”1 April, pandemik dah beralih ke endemik.

”Bukannya April Fool,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Parti Pejuang Tanahair, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menentang cadangan pilihan raya umum (PRU) diadakan lebih awal sebaliknya mahu Parlimen menghabiskan penggalnya sehingga Mei 2023.

”Tak ada siapapun sebenarnya memerlukan pilihan raya pada masa ini. Hanya Barisan Nasional (BN) mendesak pilihan raya kilat diadakan, itupun cuma kumpulan tertentu di dalam UMNO, bukan keseluruhannya.

”Saya tidak dapat bayangkan perasaan rakyat Johor dalam isu ini. Baru selesai pilihan raya negeri (PRN) kemudian terpaksa melalui PRU pula. Kita tidak patut memaksa mereka melaluinya,” kata Mukhriz.

Komen Shabery, alasan Covid-19 semakin nipis.

”Mungkin kita pakat-pakat cari alasan lain.

”Kalau orang main golf, “jomlah main, kalau rasa tak cukup kuat, kita boleh bagi strok lebih (handicap), paling penting dapat berkawan..,” kata Shabery. – MalaysiaGazette