Covid-19 deaths cases infection ICU hospital
Suasana wad pesakit Covid-19 yang kritikal ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 06 FEBRUARI 2021.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Angka kematian akibat Covid-19 terus meningkat dengan 105 kes dilaporkan semalam.

Daripada jumlah itu, 29 kes kematian berlaku di luar hospital.

Sehingga lewat malam tadi, sejumlah 34, 099 kes kematian berlaku di Malaysia.

Perak merekodkan angka kematian tertinggi iaitu 21 kes, diikuti Kedah (17), Johor (13), Selangor (12); Pahang dan Kuala Lumpur masing-masing tujuh.

Melaka dan Sabah pula masing-masing lima kes, Pulau Pinang (4); Negeri Sembilan, Sarawak dan Terengganu masing-masing tiga kes.

Masing-masing dua kes di Kelantan dan Perlis dan satu kes di Putrajaya.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, sebanyak 28,298 kes Covid-19 dilaporkan semalam dengan 27, 600 kes penularan tempatan dan 698 import.

Sebanyak 7,832 kes dirawat di hospital dengan 374 kes di unit rawatan rapi.

Daripada jumlah itu 233 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes jangkitan Covid-19 di negara ini kini mencecah 3,870,569. – MalaysiaGazette