Petugas Kesihatan mengendalikan seorang jenazah pesakit Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 17 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 19,105 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 18,719 kes jangkitan tempatan dan bakinya kes import.

Laman web COVIDNOW merekodkan 71 kes kematian akibat pandemik itu dengan 26 berlaku di luar hospital.

Pertambahan itu menjadikan angka kumulatif kematian kini mencecah angka 34,400.

Kedah dan Perak masing-masing mencatatkan 14 kes, diikuti Johor (11), Selangor (7), Kelantan, Pulau Pinang dan Sarawak masing-masing lima kes.

Negeri Sembilan empat, Terengganu dan Kuala Lumpur masing-masing dua serta Melaka dan Pahang masing-masing satu kes.

Menurutnya, sebanyak 7,080 kes masih dirawat di hospital.

Sebanyak 371 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 203 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Setakat lewat malam tadi, jumlah kes jangkitan Covid-19 terkumpul di negara ini sebanyak 3,961,111. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast