LTAT
Bangunan LTAT - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR, – Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 menyatakan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tidak memulangkan caruman kerajaan berjumlah RM695.05 juta kepada Kumpulan Wang Disatukan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 9(3)© Akta 101.

Menurut laporan itu yang dikeluarkan hari ini, sebaliknya semakan audit mendapati LTAT telah memulangkan caruman kerajaan itu yang melibatkan 9,542 pencarum berstatus pencen bagi 2018 hingga 2020 kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

“Caruman kerajaan ini sepatutnya dipulangkan kepada kepada Kumpulan Wang Disatukan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 9(3)© Akta 101.

“Perenggan 9(3)© Akta 101 Akta 101 menyatakan dengan jelas bahawa caruman perlu dipulangkan kepada Kumpulan Wang Disatukan, iaitu akaun Kerajaan Persekutuan,” kata laporan itu.

Kesan daripada tindakan LTAT tidak memulangkan caruman kepada Kumpulan Wang Disatukan itu telah menyebabkan hasil Kerajaan Persekutuan berkurangan sebanyak RM695.05 juta bagi tahun 2018 hingga 2020.

Laporan itu juga menyatakan bahawa pandangan panel peguam yang diterima pada 18 Nov 2021 menyatakan caruman kerajaan yang dibayar LTAT kepada KWAP adalah tidak selaras dengan perenggan 9(3)© Akta 101.

Menurut laporan itu, LTAT bertanggungjawab untuk memulangkan caruman kerajaan tersebut kepada Kumpulan Wang Disatukan. – MalaysiaGazette