Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Menteri Perdagagan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Menteri Perdagagan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali.

KUALA LUMPUR – Vietnam sangat komited untuk melaksanakan kerjasama yang terangkum dan komprehensif di bawah Pelan Tindakan (POA) 20212 hingga 2025 di bawah Pelaksanaan Perkongsian Stategik Malaysia-Vietnam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada 2023 Malaysia dan Vietnam akan meraikan Jubli Emas, iaitu ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua negara.

Sehubungan itu beliau telah mencadangkan supaya kedua-dua negara menganjurkan program-program sesuai sebagai memperingati detik bersejarah itu.

“Saya turut mencadangkan pertukaran lawatan peringkat tertinggi sempena sambutan ulang tahun itu. Ia akan dimulai dengan Lawatan Negara Presiden Vietnam Nguyen Xuan Phuc  ke Malaysia dalam tahun ini,” katanya dan menambah pendekatan serta cadangan-cadangannya disambut baik oleh pemimpin-pemimpin Vietnam.

Ismail Sabri berkata demikian ketika sesi empat mata bersama-sama Presiden Vietman, Nguyen Xuan, hari ini.

Turut sama Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali.

Untuk itu, Ismail Sabri berkata, Presiden Vietman, Nguyen Xuan akan mengadakan lawatan balas kepada Malaysia, tahun ini.

November tahun lalu, Malaysia dan Vietnam bersetuju menerima pakai Pelan Tindakan (POA) bagi pelaksanaan Rangka Kerja Perkongsian Strategik selama tempoh lima tahun sehingga 2025.

Perkara tersebut antara ketetapan dicapai ketika Mesyuarat Keenam Suruhanjaya Bersama Antara Malaysia dan Vietnam yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatannya, Bui Thanh Son.

Untuk rekod, Malaysia dan Vietnam menjalin hubungan diplomatik sejak 1957 dengan kedutaan dibuka di Saigon (kini Ho Chi Minh City) sebelum ditutup apabila wilayah selatan itu ditawan rejim utara.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menegaskan agar kerajaan Vietnam mengambil tindakan terhadap nelayan negara itu yang menceroboh perairan negara.

Malah jelas Ismail Sabri lagi, terdapat tindakan-tindakan agresif dan provokatif nelayan Vietnam terhadap penguatkuasa maritim dan juga nelayan-nelayan Malaysia dalam perairan sendiri.

“Aktiviti sedemikian telah menjejaskan aktiviti-aktiviti perikanan dan mata pencarian nelayan-nelayan Malaysia.

“Atas keprihatinan kerajaan berhubung isu ini, saya telah meminta Kerajaan Vietnam untuk mengambil langkah-langkah konkrit,” katanya lagi. – MalaysiaGazette