Pesakit Covid-19 dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi menjalankan rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 01 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 73 kes kematian lagi direkodkan semalam akibat jangkitan Covid-19.

Daripada jumlah itu, 25 kes berlaku di luar hospital.

Ia menjadikan jumlah kes kematian akibat pandemik ini bertambah kepada 34,535 setakat lewat malam tadi.

Perak merekodkan kematian tertinggi dengan 19 kes, Johor dan Selangor (11), Kedah (9), dan Pulau Pinang (8).

Kelantan, Melaka, Sabah dan Terengganu (3) serta Negeri Sembilan, Perlis dan Sarawak (1).

Terdapat 21,483 kes jangkitan baharu direkodkan semalam dengan 21,089 kes tempatan dan bakinya kes import.

Jumlah kes aktif pula sebanyak 252,671 dengan 6,617 pesakit ditempatkan di hospital.

Daripada jumlah itu 339 kes menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 209 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula terus meningkat sebanyak 3,745,229.

Setakat semalam, jumlah kes jangkitan Covid-19 di Malaysia ialah 4,032,435. – MalaysiaGazette