Muhamad Yusri Latiff, 35 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang juga penyelia kedai buku di sebuah sekolah dua minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.