Gambar fail
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 65 kes kematian lagi direkodkan semalam akibat jangkitan Covid-19.

Ia menjadikan jumlah kes kematian akibat pandemik ini bertambah kepada 34,600 sehingga lewat malam tadi.

Selangor merekodkan kematian tertinggi dengan 12 kes, Perak (11), Johor (10), Melaka dan Pahang (5) dan Kedah (4).

Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur masing-masing tiga kes manakala Pulau Pinang dua serta Kelantan, Perlis dan Terengganu satu kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia berkata, terdapat 22,491 kes jangkitan baharu direkodkan semalam.

Jumlah kes aktif pula sebanyak 248,863 dengan 6,051 di hospital.

Daripada jumlah itu 332 kes menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 189 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula terus meningkat sebanyak 3,771,463.

Setakat semalam, jumlah kes jangkitan Covid-19 di Malaysia ialah 4,054,926. – MalaysiaGazette