Undi18 Sarawak state election polls Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Undi18 voters Election Commission anti-party hopping
Wan Junaidi Tuanku Jaafar

KUALA LUMPUR – Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) tahun lalu, tidak akan tamat.

Perkara itu dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata, MoU itu hanya terbatal sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkannya.

“Kalau ada percanggahan, contohnya penolakan usul SOSMA semalam, belum secara automatik MoU itu akan tamat. Ianya akan tamat apabila dua-dua pihak bersetuju kalau mahu menamatkannya.

“MoU ini adalah membolehkan kita mencapai kerjasama strategi dan yang penting adalah semangat setiakawan, di mana kerajaan dan pembangkang mengadakan satu kesefahaman dalam dasar kerajaan bagi memastikan kestabilan politik,” katanya di Parlimen, petang ini.

Beliau berkata demikian menjawab perbahasan usul oleh Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke yang menyifatkan dakwaan MoU terbatal adalah agenda UMNO.

Artkel berkaitan:

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, kegagalan kerajaan mendapat sokongan bagi usul pindaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2021 SOSMA semalam, tidak sampai ke tahap Parlimen perlu dibubarkan.

Menurut Wan Junaidi, Perkara 3.3B dalam MoU itu menyatakan sebarang usul kerajaan atau RUU perlu dirunding kedua pihak.

Malah, katanya, Perkara 4.1 MoU itu pula menyatakan, ia tidak akan tamat secara automatik sekiranya sebarang usul tidak dipenuhi.

“Sebenarnya, ia masih terbuka untuk kedua pihak berunding. Ini bermakna kalau ada percanggahan dibuat,sebagaimana berlaku semalam, belum secara automatik MoU itu akan tamat,” katanya.

Semalam usul kerajaan untuk meminda Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 gagal apabila 86 ahli Parlimen mengundi tidak bersetuju berbanding 84 orang yang bersetuju.

Seramai 50 ahli Parlimen pula direkodkan sebagai tidak hadir ketika undian dijalankan.

Pindaan tersebut bagi membolehkan kuat kuasa Subseksyen 4(5) SOSMA yang akan berakhir 31 Julai ini dilanjutkan lima tahun lagi.

Berikutan itu, beberapa pemimpin UMNO memberikan pandanan peribadi bahawa tindakan tersebut telah menyebabkan persetujuan yang dicapai antara Pakatan Harapan dan kerajaan telah terbatal. – MalaysiaGazette