Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil pada Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Keadilan Lembah Pantai di Nexus Bangsar South, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 27 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Pemilihan PKR yang bakal berlangsung pada Mei ini dijangka memperlihatkan pertandingan sengit melibatkan jawatan timbalan dan naib-naib presiden.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, bagaimanapun persaingan sengit itu tidak melibatkan jawatan presiden.

Katanya, ini keraan pemilihan pada kali ini berbeza dengan pemilihan yang pernah diadakan sebelum ini.

“Saya lihat mungkin untuk timbalan presden tapi untuk naib presiden sengit juga. Pemilihan kali ini berbeza dengan yang dahulu jawatan untuk Majlis Pimpinan Pusat atau MPP itu akan dipilih melalui perwakilan pada kongres 24 jun

“…manakala jawatan untuk presiden, timbalan dan naib-naib presiden untuk pusat sayap wanita AMK akan dibuat melalui pemilihan diperingkat cabang-cabang.

“Jadi, ada perbezaan dari segi proses itu tapi yang saya rasa paling sengit adalah di kalangan timbalan dan naib presiden,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Lembah Pantai di sini hari ini.

Ditanya sama ada pemilihan yang bakal berlangsung nanti boleh menyebabkan perpecahan parti menjelang PRU-15, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menegaskan, pemilihan adalah satu proses demokrasi.

Katanya, ia memang akan menyebabkan berlakunya perkara dingin tetapi yang membezakan kebingitan dan kekacauan adalah disiplin.

“Jadi, peringatan daripada presiden parti agar semua yang ingin bertanding dan terlibat dalam proses pemilihan menjaga tatasulia etika serta disiplin parti.

“Dalam mesyuarat pimpinan pusat terakhir yang kami buat khamis lalu ditegaskan lembaga disiplin akan memainkan peranan yang aktif untuk memastikan aspek disiplin etika dan tatasusila di kalangan anggota parti terutama sewaktu pemilihan, terjaga,” ujarnya. – MalaysiaGazette