MGNews: Dana Untuk Pelarian Syria Semakin Kritikal – CEO Syria Care

COVID-19 ditambah dengan ujian bencana alam memberi kesan besar kepada kerja-kerja kemanusiaan termasuk membantu mangsa konflik di Syria.

Ia menjadi satu lagi cabaran kerana keadaan yang semakin mendesak di sana. Bagi Syria Care, usaha kemanusiaan perlu diteruskan kerana jutaan mengharapkan sumbangan daripada rakyat Malaysia.

Bagi misi kali ini, penyanyi tersohor Anuar Zain dan Taddabur Centre berkaliborasi untuk mengumpul dana.