KUALA LUMPUR – Penyerang muda negara, Mohd. Rafieq Al-Amzar Zulkefli terus konsisten membuktikan kemampuannya setelah berjaya menjaringkan dua gol buat kelabnya, NK Zvijezda Gradacac U19 menewaskan FK ilicka U19 5-0.
Pemain berusia 19 tahun itu berjaya mempamerkan aksi yang baik apabila menunjukkan sentuhan penyudahnya berkualiti dalam saingan First League Of Bosnia & Herzegovina.
Rafieq Al-Amzar merupakan graduan Sekolah Sukan Pahang dan telah menyertai kelab NK Zvijezda Gradacac pada bulan Julai yang lalu.
Dia merupakan diantara pemain muda yang beraksi di luar negara selepas Luqman Hakim yang menyertai pasukan KV Kortrijk.
Prestasi cemerlang Rafieq Al-Amzar diharap dapat menarik perhatian pengendali skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Brad Maloney. – MalaysiaGazette