KUALA LUMPUR – Depan dia sokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jadi Perdana Menteri (PM) tapi belakang di mahu tumbangkan pula.
Itu sinis Datuk Seri Naji Razak terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Secara terbuka dia kata dia sokong Ismail jadi PM. Di belakang pula, dia berusaha kuat minta sokongan merata-rata secara tersorok untuk tumbangkan Ismail.
“Bila digelar pengkhianat, dia marah pula,” tulisnya dalam facebook hari ini.
Beliau merujuk kepada beberapa kenyataan pemimpin politik termasuk Pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa Muhyiddin ada berjumpa dengan mereka baru-baru ini.
“Dia (Muhyiddin) mahu jadi PM kembali.Dia pun berhubung dengan Mahathir, Anwar dan Shafie secara tersorok untuk minta sokongan.
Tapi ketiga-tiga yang dia minta sokongan juga mahu jadi PM.
Jadi, siapa yang akan jadi PM jika pun kerja sama mereka berjaya?” soal Najib.
Nanti hari mereka tentu akan tikam-menikam sekali lagi dan sejarah kerajaan tak stabil pasti akan berulang, katanya yang pelik dengan sikap Muhyiddin.
“Apapun, welcome back PH 2.0!” katanya.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Saya tak jadi PM kerana Muhyiddin, sekarang dia minta sokongan jadi PM semula – Tun M