Covid-19 death ICU Malaysia
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 lagi kes kematian akibat Covid-19 direkodkan di negara ini semalam dan daripada jumlah itu 11 kes berlaku di luar hospital.

Pertambahan itu menjadikan kes kematian akibat pandemik berjumlah 35,099.

Kementerian Kesihatan berkata, dalam tempoh sama sebanyak 12,380 kes Covid-19 dilaporkan semalam.

Angka itu termasuk 11,918 kes jangkitan tempatan dan 462 import.

Kedah dan Perak masing-masing merekodkan tujuh kes kematian, diikuti Kelantan dan Selangor (tiga).

Pahang dan Pulau Pinang (dua) serta Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak, Terengganu dan Kuala Lumpur (satu).

Jumlah kes aktif terkini ialah 192,947.

Kes yang menerima rawatan di hospital pula sebanyak 3,682 dengan 253 kes di unit rawatan rapi.

Daripada jumlah itu, 157 pula memerlukan alat bantuan pernafasan.

Setakat tengah malam tadi, Malaysia merekodkan sejumlah 4,210,583 kes jangkitan Covid-19. – MalaysiaGazette