KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan persetujuan untuk berdebat dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Pekan itu dalam satu kenyataan di Facebooknya berkata, beliau mahu debat tersebut disiarkan secara langsung dalam dilakukan dalam tempoh terdekat.
“Game on. Saya setuju debat dengan Anwar. Let’s rock! Saya minta pasukan Anwar dan Rafizi aturkan dengan media sekiranya ada yang berhasrat untuk siarkan live.
“Sila berhubung dengan pembantu saya untuk cari tarikh terdekat yang sesuai bagi semua,” kata Najib.
Sahutan itu dibuat oleh Najib tidak lama selepas Anwar menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan bekas Perdana Menteri itu hari ini.
Artikel berkaitan:
- Sikit pun hamba tak takut, kalau berani turun gelanggang – Anwar
- Najib sahut cabaran debat Rafizi, ajak Anwar sekali
- Rafizi mahu debat terbuka dengan Najib
Sementara itu Najib berkata, beliau tidak faham kenyataan Anwar yang menyatakan beliau memilih mencabar Ahli Parlimen Port Dicksons itu pada awal bulan Ramadan setelah gagal menjawab sanggahan Rafizi mengenai kemelut ‘bail-out’ Sapura.
“Seolah-olah Rafizi menipu Anwar apabila dia memberi taklimat kepada Anwar berhubung isu ini.
“Yang mula-mula cabar untuk debat ialah Rafizi sehari dua sebelum Ramadan bermula. Saya cuma sahut sahaja.
“Dan saya sudah menjawab kesemua sanggahan Rafizi setiap kali dia naikkan. Setakat ini, dia 9Rafizi) cuma buat posting tiga kali berhubung isu ini,” kata Najib.
Najib berkata, beliau telah menjawab ketiga-tiga sanggahan Rafizi siap dengan fakta dan bukti.
“Rafizi tipu kamu juga ke, Anwar?” tambah Najib.
Media hari ini melaporkan, Anwar sudah menunggu selama 10 tahun untuk berdebat setelah cabaran sebelumnya tidak disahut Ahli Parlimen Pekan itu.
“Saya ambil maklum lontaran cabaran debat dari mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Sikap saya jelas dan tidak berganjak sejak lebih 10 tahun lalu di mana saya pernah melontarkan cabaran yang serupa kepada beliau tapi tidak bersahut,” kata Anwar.
Anwar memetik pantun pendekar Melayu dengan berkata dirinya tidak takut akan cabaran debat tersebut.
Tuan Puteri pergi ke Lukut,
Bawa pulang kacang panjang,
Sedikit pun hamba tak takut,
Kalau berani turun gelanggang. – MalaysiaGazette

















Najib pandang Anwar orang mudah dipermainkan macam murid dia pun boleh tipu
Alaa haai…dgn Nuar Berahim yg tak ada background kelulusan bidang ekonomi…merepek je laa