Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Hanya pelabur asing menjadi pembeli bersih bagi minggu yang berakhir pada 1 April dengan jumlah RM536.5 juta.

Manakala pelabur runcit tempatan pula merupakan penjual bersih pada minggu tersebut sebanyak RM72.74 juta.

MIDF Research berkata, pelabur asing adalah pembeli bersih untuk semua hari dagangan minggu lepas, dengan belian terbesar pada hari Jumaat pada RM194.8 juta dan yang terkecil pada hari Selasa sebanyak RM30.7 juta.

Institusi tempatan kekal sebagai penjual bersih dengan jualan terbesar pada hari Isnin sebanyak RM138.2 juta dan jualan terkecil pada hari Rabu RM51.4 juta.

Secara keseluruhan, institusi tempatan adalah penjual bersih sebanyak RM463.75 juta sementara institusi tempatan adalah penjual bersih RM463.75 juta.

Firma penyelidikan itu berkata, dana antarabangsa telah menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia bagi 11 daripada 13 minggu sepanjang tahun ini dengan aliran masuk terkini sebanyak RM6.66 bilion.

Pergerakan pelabur runcit tempatan agak bercampur-campur pada minggu lepas dengan tiga hari jualan bersih dan dua hari belian bersih, dengan kedudukan jualan bersih untuk minggu itu sebanyak RM72.74 juta.

Pelabur runcit adalah penjual bersih pada hari Rabu sebanyak RM36.12 juta, Khamis RM30.56 juta dan Jumaat RM80.96 juta dan menjadi pembeli bersih pada hari Isnin (RM17.39 juta) dan Selasa (RM57.51 juta).

MIDF Research berkata, sektor yang paling digemari oleh pelabur asing minggu lepas ialah perkhidmatan kewangan, perladangan dan produk dan perkhidmatan perindustrian yang menyaksikan aliran masuk bersih masing-masing RM335.6 juta, RM100.4 juta dan RM54.6 juta.

Sementara itu, belian bersih institusi tempatan hanyalah sektor penjagaan kesihatan dan pembinaan dengan masing-masing RM62.8 juta dan RM4.0 juta.

Setakat ini, institusi tempatan adalah penjual bersih pada harga RM7.08b manakala peruncit tempatan dan pelabur asing menjadi pembeli bersih masing-masing sebanyak RM0.42 bilion dan RM6.7 bilion

Dari segi penyertaan, hanya pelabur asing yang menyaksikan peningkatan purata nilai dagangan harian (ADTV) sebanyak +5.95%.

Sementara, pelabur institusi tempatan dan peruncit tempatan mencatatkan penurunan masing-masing sebanyak 20.47% dan 13.49%. – MalaysiaGazette