Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak melakukan siasatan baharu ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti mana dilaporkan oleh beberapa portal berita.

Pangarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ Bukit Aman), Komisioner Datuk Seri Abd Jalil Hassan yang mengesahkan perkara itu berkata, kali terakhir bekas Perdana Menteri itu dipanggil PDRM adalah pada 23 Mac lalu bagi membantu siasatan kes terbitan buku bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

“Rakaman percakapan beliau diambil hanya sebagai saksi bagi menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan dalam buku dihasilkan oleh bekas Peguan Negara tersebut berjudul My story: Justice in the wilderness,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu Dr. Mahathir yang merupakan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mendakwa beliau akan dipanggil untuk disiasat polis.

“Saya akan dipanggil untuk soal siasat. Di Malaysia ini sat tekanan yang menakutkan. Tutup mulut.Tutup telinga. Awak okay,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Mahathir akan sentiasa dihantui ketakutan sampai saat dia mati…dia lah sebenarnya yg ‘menutup mulut dan telinga rakyat’ dgn undang2 zalim dia spt ISA..

Comments are closed.