Petugas Kesihatan mengendalikan jenazah pesakit Covid-19 yang akan dikebumikan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 05 OGOS 2021.

 

KUALA LUMPUR – Jumlah kes kematian akibat Covid-19 berkurangan kepada 28 semalam berbanding 30 kelmarin.

Kes kematian itu termasuk tujuh yang berlaku di luar hospital.

Angka terbaharu itu menjadikan kes kematian akibat pandemik tersebut bertambah kepada 35,127.

Selangor dan Perak masing-masing merekodkan sebanyak enam kes kematian semalam.

Diikuti Johor (5), Pulau Pinang (4), Negeri Sembilan (3), Pahang (2) serta Kedah dan Sarawak (1).

Kementerian Kesihatan Malaysia berkata, bagi tempoh yang sama sebanyak10,002 kes Covid-19 dilaporkan termasuk 9,904 jangkitan domestik dan 98 lagi import.

Sebanyal 179,619 kes aktif dilaporkan sehingga lewat malam tadi.

Daripada jumlah itu 236 kes dirawat di unit rawatan rapi dengan 140 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga malam tadi, jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini berjumlah 4,256,469. – MalaysiaGazette