Kebakaran kediaman mengakibatkan seorang warga emas terkorban kerana terperangkap dalam rumahnya di Pangsapuri Medan Warisan, Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seorang lelaki warga emas maut dalam kebakaran setelah terperangkap di kediamannya di aras 2 pangsapuri di Medan Warisan di sini dalam petang tadi.

Pegawai Penguasa Bomba (I) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mangsa disahkan meninggal dunia setelah mengalami 40 peratus melecur di bahagian badan dan muka.

Semasa kejadian, pihaknya terpaksa bertindak  memecahkan pintu hadapan rumah untuk mencari dan menyelamatkan mangsa.

“Anggota juga membuat operasi pemadaman dengan menggunakan dua aliran hos 100 kaki air tangki pam jentera bomba,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Hasil pemeriksaan mendapati kebakaran melibatkan bilik tidur manakala anggaran kemusnahan akibat kebakaran adalah 30 peratus

Jenazah mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan dan proses bedah siasat dilakukan sejurus ujian calitan Covid-19 diperoleh.

Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kebakaran dan jumlah kerugian.

Pegawai bomba sedang mengena lpasti lokasi dan membuat siasatan insiden kebakaran di Medan Warisan, Kuantan, Pahang petang tadi.

Menurutnya, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan dari Mers 999 pada pukul 3.14 petang daripada orang awam.

“Kami dari bomba Kuantan dan Indera Mahkota dengan kekuatan jentera dua  buah jentera FRT dan dua water tanker telah digerakkan ke lokasi,” katanya.

Tambah beliau. operasi menyelamat disertai 32 orang anggota penyelamat termasuk pegawai kanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast