Tindakan seorang wanita merakam video Siti Nurhaliza mengeluarkan wang di ATM membuatkan Siti Aafiyah menjadi takut.

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna TikTok dikecam netizen selepas berkongsi video ketika penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang mengambil wang di mesin ATM.

Menerusi video tersebut, individu yang menggunakan nama akaun @yanaothman merakam momen tersebut sambil memanggil nama Siti Aafiyah yang ketika itu turut menemani ibunya.

“Terserempak dengan Tokti kat ATM be like… Aafiyah, Aafiyah malu-malu la Aafiyah ni” ujar individu dalam video berkenaan.

Bagaimanapun, apa yang dikongsi wanita itu menerima teguran netizen yang menganggap tidak wajar dan menganggu privasi penyanyi berkenaan.

Lebih-lebih lagi rakaman tersebut dilakukan tanpa izin dan ketika penyanyi itu sedang menjalankan urusan peribadi di ATM.

Malah tindakan wanita itu juga membuat Siti Aafiyah menjadi takut dan memegang kaki Siti Nurhaliza.

Wanita berkenaan menyahaktifkan fungsi ruangan komen dan turut memohon maaf.

Bagi menjernihkan keadaan, wanita berkenaan menyahaktifkan fungsi ruangan komen dan turut memohon maaf.

Dia juga memberitahu bahawa rakaman tersebut adalah video kakaknya yang terlalu teruja apabila terserempak dengan penyanyi kesayangan ramai itu.

“Saya terpaksa disable comment posting kakak saya terjumpa Tok Ti (Siti Nurhaliza).

“Terlalu banyak komen negatif. Ini hanya momen kakak saya yang sekian lama hendak jumpa Tok Ti.

“Tak sangka pula ramai cakap ganggu privasi. Maaf jika video ini mengganggu anda,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast