KUALA LUMPUR – Keharmonian untuk menganut agama yang menjadi pilihan setiap individu perlu dikekalkan dalam kalangan Keluarga Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapannya sempena sambutan Tahun Baharu Tamil hari ini berkata, persefahaman yang lebih erat yang terjalin dalam kalangan rakyat juga harus dikekalkan.
“Selamat menyambut Tahun Baharu Tamil (Chithirai Puthandu) kepada masyarakat Tamil dan Vaisakhi kepada masyarakat Sikh yang menyambutnya hari ini.
“Saya percaya Tahun Baharu yang disambut ini atas dasar Keluarga Malaysia yang mengeratkan lagi hubungan antara etnik di negara ini.
“Persefahaman yang lebih erat dan keharmonian beragama harus dikekalkan dalam kalangan Keluarga Malaysia,” kata Ismail Sabri.
Dalam ucapannya, Najib mendoakan masyarakat Tamil dan Sikh terus berada dalam keadaan sihat.
Tambahnya, hari pertama Tahun Baharu Tamil adalah saat permulaan untuk meraih kemakmuran sambil menekankan kepentingan rakyat Malaysia untuk terus hormat menghormati antara satu sama lain.
“Apa yang paling penting adalah tentang menghormati antara satu sama lain yang menjadi tunjang kepada konsep Keluarga Malaysia.
“Semoga masyarakat Tamil dan Sikh khasnya dan seluruh Keluarga Malaysia amnya terus berada dalam keadaan sihat sejahtera sepanjang masa.
“Hari ini juga merupakan masa untuk meraikan permulaan baru bagi meraih kemakmuran,” kata Ismail Sabri.-MalaysiaGazette