The High Court sentenced Sam Ke Ting, 27 to six years in prison and RM6,000 fine after finding her guilty of reckless driving thus causing the death of eight teenage joyriders five years ago
Sam Ke Ting.

KUALA LUMPUR – Lebih 700,000 sokongan dikumpulkan menerusi satu petisyen dalam talian yang telah dilancarkan terhadap Mahkamah Rayuan bagi membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu.

Petisyen tersebut dibuat dua hari lalu susulan kes seorang kerani  didapati bersalah memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017.

Menurut petisyen yang dibuat oleh Wan Junaida itu, rakyat berasa tidak senang dengan hukuman baru Ke Ting di mana terdapat fakta sokongan bahawa dia seorang pemandu yang bertanggungjawab dan merupakan mangsa dalam kemalangan yang terjadi lima tahun lalu.

Petisyen bebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu #FreeSamKeTing yang dilancarkan di Change.org

Rata-rata warganet di media sosial menyatakan kesilapan itu sebenarnya berpunca daripada kegagalan ibu bapa memastikan anak-anak mereka tidak berkeliaran di jalan raya dengan basikal lajak pukul 3 pagi.

“Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman baru Ke Ting di mana fakta menyokong bahawa dia adalah pemandu yang bertanggungjawab, mangsa sebenar dalam kemalangan ini.

“Kami tidak menerima penghakiman ini dan menyeru hukumannya dibatalkan supaya tidak merompak masa depan cerah seorang warganegara Malaysia yang muda dan tidak bersalah” kata petisyen yang dibuat di change.org itu.

Menceritakan kembali, pada 13 April lalu, Mahkamah Tinggi Johor Bahru menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas seorang kerana selepas didapati bersalah memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak lima tahun lepas.

Hukuman tersebut sekaligus mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober lalu yang mengekalkan keputusan untuk meleas dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan tersebut.

Tertuduh turut diperintah menjalani hukuman selama enam bulan penjara lagi sekiranya gagal membayar denda, selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun berkuat kuasa selepas selesai hukuman penjara. -MalaysiaGazette.

2 Komen

  1. Maaf kata, sesiapa yang buat petisyen seolah olah memperkecilkan keputusan mahkamah, tidak percaya kepada undang2. Dgn kata lain boleh ditakrifkan sebagai menghina mahkamah.

Comments are closed.